Tuesday 20 September 2016

Wow Jepun !! JAPAN ENDLESS JOURNEY


Ini adalah dia antara lokasi yang menarik sekitar Jepun yang harus anda lawati

1. Shinjuku Gyoen National Garden


Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

2. Sensoji Temple dan Nakasime Street



 

Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple adalah merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.


3. Tokyo Disneyland dan Disneysea


    

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

4. Shibuya





Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.


5. Meiji Shrine



Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakkan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

6.  Akihabara



Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.

No comments:

Post a Comment