Tuesday 20 September 2016

Annyeong Haseyo!! Imagine Your Korea





Selamat datang ke KOREA!! Jom kita tinjau lokasi yang menarik di Korea ini!!

1. Itaewon


Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. 

Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. 

Masakan korea yang halal pun ada. Disini di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.

2. Namsan


Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk Anda lawati.

Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2-orang korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule…

Seoul Time Capsule…Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu situ tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiran yang nama Allah…..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri …

3. Hangang Park



Bagi sesiapa yang suka Aktiviti beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. 

Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji….

Anda juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. Dengan Permadangan Yang Cantik Dan Tenang.

4. Nami Island



Tempat ni Memang Popular tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.

Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. 

Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti.

No comments:

Post a Comment