Tuesday 20 September 2016

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian 


1. Kashmir.
Ketegangan antara India dan Pakistan masih berterusan. Isu Kashmir dari dulu hingga sekarang masih belum selesai. Kashmir di katakan sangat cantik dengan suhu nyaman serta makanan yang sedap sedap. Bagaimanapun hati bimbang jika waktu kita pergi ada huru hara walaupun ketegangan dan pergolakan itu agak reda sekarang.
2. Turki
Melawat muzium atau tempat di mana Kamal Atartuk di kuburkan menjadi keinginan saya. Mayatnya di katakan tidak dapat di kebumikan kerana tidak di terima tanah kerana menghancurkan islam di Turki suatu masa dulu.
Baru baru ni Turki berhadapan dengan cubaan rampasan kuasa. Presiden Erdogan bagaimanapun dapat menanganinya dengan cepat. Samada perustiwa ini akan berulang atau tidak sedikit sebanyak buat hati saya rasa tak sedap nak book tiket ke sana.
3. Nepal
Baru-baru ini saya ada terbaca kes pembunuhan wanita backpacker yang menumpang menginap di sebuah rumah ‘host’ di Nepal. Walaupun tuan rumah atau ‘host’ yang menerima tetamu tersebut mendapat rating yang tinggi dari penginap sebelumnya kes sebegini amat menakutkan. Sampai hati bunuh orang tak tentu pasal. Ini menjadi salah satu sebab saya tak berani nak travel solo. Jadi apa-apa tak ada siapa nak beritahu.
4. Syria
Negara yang satu ketika dulu makmur sekarang telah di kira musnah. Ketegangan dan perbezaan politik serta isu ugama menyebabkan saya berasa Syria salah satu negara luar yang tidak selamat untuk percutian dengan anak anak ke sini. Mereka yang pernah berkujung ke Syria pasti dapat merasakan bagaimana teruknya kemusanahan yang berlaku kerana tempat yang mereka kunjungi dulu telah tiada lagi atau musnah sama sekali.
5. Egypt
Egypt atau Mesir sangat menarik untuk di kunjungi.Saya teringin nak masuk ke dalam pyramid dan lihat apa yang ada di dalam bangunan tersebut. Mungkin pengaruh filem The Mummy serta cerita cerita lakonan Harrison Ford yang banyak mengambil lokasi negara ini menyebakan saya rasa rugi jika tak melawat negara ni.
6. German
German berada dalam senarai negara dalam carta top ten saya selain Russia. Saya ingin melihat kesan sejarah dan peninggalan Hitler yang kejam dengan peristuwa pembunuhan yahudi suatu masa dulu. Memandangkan kes islamifobia masih hangat di sana adalah lebih baik untuk meletakkan negara ini di tepi buat seketika.
7. India
India terkenal dengan Taj Mahal.Walaupun bila saya baca backpacker yang post gambar gambar menarik semasa di India, saya rasa India salah satu negara luar  yang tidak selamat untuk  percutian terutama wanita. Kes rogol teruk sehingga saya rasa jika pergi dengan lelaki sekalipun ia belum tentu menjamin keselamatan. Ada baiknya elakkan masalah jika dah tahu banyak risiko.
Mungkin ada lagi negara luar yang tidak selamat untuk percutian pada pelancong atau pengembara. Kadang-kadang apa yang kita dengar tidak sama dengan apa yang kita alami. Bagi golongan solo backpacker mereka mungkin rasa tiada apa-apa kerana selalunya backpacker adalah seorang yang berani. Mana mungkin mereka travel seorang diri jika mereka takut ye tak ? Bagi saya cukuplah jika saya pergi ke negara yang tidak buat saya rasa susah hati dan menyesal bila dah book tiket. Banyak lagi negara yang boleh di lawati dan lebih selamat untuk di terokai.

1 comment: