Jika anda suka melancong di usia muda, mesti ‘budget‘ merupakan kekangan utama anda. Tokyo sebuah bandar yang mempunyai kos sara hidup antara yang tertinggi di dunia, jadi ramai yang beranggapan mustahil untuk berjimat ketika melancong di sana.
Sebenarnya tidak mustahil. Mari kami share kan beberapa tips untuk survive selama seminggu di Tokyo dengan hanya RM300 ringgit (10 ribu yen) sahaja. Ok, katakan anda sudah ada tiket penerbangan, dan hostel bajet juga sudah ditempah. Tiket tren airport transfer dengan Narita Express juga sudah dibeli. yang tinggal cuma nak have fun dengan bajet yang ada.
Terdapat lebih 30,000 convenience store seperti 7-11, Lawson, Family Mart di seluruh Jepun. Kedai-kedai serbaneka ini menawarkan pilihan Onigiri atau nasi kepal yang berharga 100yen- 150yen (RM 3- 4), ringkas dan mudah dimakan dimana sahaja.
Tapi berhati-hati, pastikan anda bertanya dulu apa inti rice ball tersebut. Dapatkan perisa plum, udang, salmon dan sebagainya maka anda selamat (bagi yang beragama Islam)
2. Tokyo Metro 1-Day Pass (600 yen x 3 hari)
Pass ini berharga 600 yen (RM18) dan membolehkan anda menaiki semua tren dibawah syarikat Tokyo Metro dalam tempoh satu hari. Rancang perjalanan anda ! Pastikan anda tidak menaiki JR Line atau Toei Line sekiranya anda memiliki 1-Day pass tersebut kerana pass tersebut tidak sah dan anda perlu membeli tiket lain.
Tokyo Metro meliputi Marunouchi Line, Ginza Line, Hibiya Line, Namboku Line, Yurakucho Line, Fukutoshin Line dan lain-lain, menghubungi tempat-tempat menarik seluruh Tokyo.
3. Hanamaru Udon (600 yen x 2 x 2 hari)
Sekiranya muak menghadap onigiri, bolehlah cuba ke Hanamaru Udon. Kedai udon franchise ini terdapat di semua bandar-bandar utama seperti Shibuya, Harajuku dan Akihabara.
Hidangan udon yang panas beserta pilihan tempura sayuran dan udang pasti mengembalikan tenaga setelah seharian berjalan. menu bahasa Inggeris disediakan. Anda juga boleh mencuba Ramen Halal di Narita-Ya, Asakusa dengan harga 700 yen.
4. Souvenir (2000 yen)
Tidak sah lah kalau pergi melancong kalau tak beli cenderahati untuk yang tersayang di tanah air (ataupun bagi diri sendiri buat yang forever alone).
Di Asakusa, Nakamise Shopping Street menawarkan pelbagai cenderahati bertemakan Jepun. keychain berharga dalam lingkungan 300 – 500 yen dan T-shirt berharga 1000 – 2000 yen. Untuk lebih bajet lagi, belilah souvenir di kedai 100 yen seperti Daiso di Harajuku.
5. Perkara lain
Perbelanjaan anda setakat ini adalah 7400 yen (RM230). Masih ada baki 2600 yen untuk anda buat apa yang anda suka.
Anda boleh cuba :Karaoke dari malam sampai pagi (free flow drink) di Utahiroba (2000 yen)Acah-acah main besbol di batting center di Ikebukuro (1000 yen)Pergi berseronok bersama Goku, Luffy, Naruto dan hero-hero manga kegemaran anda di J-World Ikebukuro (700 yen)Bergurau senda dengan kucing comel di Cat Cafe (600 yen)Tonton wayang anime tanpa sari kata atau Avengers alih bahasa Jepun (2000 yen)Beli baju Tokyo Story di Harajuku (2900 yen)
No comments:
Post a Comment