Ketahui 3 Sebab Kenapa Kad Kredit Penting Semasa Bercuti Di Luar Negara.
Kad Kredit sangat penting semasa melancong atau bercuti di luar negara .Samada kita suka atau tidak jika bercuti atau melancong ke luar negara kad kredit sangat perlu di bawa bersama.Ada macam-macam jenis kad kredit yang bank tawarkan tetapi jangan pulak gelap mata.
Gunakan kad kredit secara berhemah supaya kita tidak terperangkap dengan membayar hutang interest yang tak berkesudahan. Jika ke luar negara suka atau tidak anda kena bawa juga.
1.Majoriti negara luar menggunakan kad kredit untuk semua urusan.
Rata-rata di luar negara lebih lebih lagi di negara maju mereka menggunakan kad kredit dalam hampir semua urusan harian mereka. Nak naik bas, trem,keretapi , taxi pun ada option untuk guna kad kredit.Kedai runcit biasa juga guna kad kredit.
Cuma kad kredit perlu di gunakan secara berhati-hati supaya kita tidak terjebak dengan masalah berhutang di kemudian hari. Untuk mengelakkan anda di kenakan penalti, bayar sebelum due date atau bayar habis terus. Tak seronokkan bila balik dari bercuti kena bayar hutang lagi.
2.Lebih selamat bawa kad kredit dari membawa wang tunai yang banyak.
Membawa wang tunai terlampau banyak juga bahaya sebab kita berisiko menjadi sasaran penyeluk saku. Jadi kad kredit mengurangkan potensi ‘kehilangan ‘cash. Jika nak bawa cash sekali pun kita tak boleh letak semua cash dalam satu tempat. Letak merata macam di poket sikit, dalam pouch sikit.
Letakkan kad kredit di dalam pouch di bahagian yang dalam iaitu yang jarang di buka tutup sewaktu di kaunter bayaran. Dengan cara itu risiko kad tercicir atau terjatuh dapat di elakkan. Duit letak di bahagian depan supaya mudah anda keluarkan .Seeloknya pouch yang anda pakai ialah pouch berwarna gelap supaya tak nampak kad kredit atau cash yang anda selitkan di dalam pouch tersebut.
3. Kad kredit sebagai back up untuk kecemasan.
Kita tak tau urusan kita akan berjalan lancar atau tidak . Kadang-kadang ada masa tunai di tangan tak cukup nak bayar tambang bas atau keretapi.Di sini kad kredit menjadi penyelamat. Kalau ada kecemasan atau kemalangan kad kredit juga penting sebagai deposit kepada pihak hospital terutama jika anda tiada insurans perjalanan semasa melancong.
Bagaimana pulak dengan kad debit ? Adakah ia sama seperti kad kredit ? Kad debit fungsinya sama juga macam kad kredit cuma kalau duit di dalam dalam akaun kita tak mencukupi urusan pembayaran tadi akan di tolak atau gagal. Bahayanya di sini di sebabkan ia link terus ke akaun bank kalau terjadi apa-apa duit berisiko untuk hilang dari akaun terus.
Jadi kesimpulannya samada kad kredit, kad debit atau kad prepaid kalau berurusan di luar negara bawalah sekurang-kurangnya 1 atau 2 kad ye. Ada masa salah satu kad atau mungkin jugak dua-dua kad tak dapat di gunakan walhal kad tu dah di aktifkan untuk urusan di luar negara. Jadi kad kredit atau kad debit pun kena ada back up jugak.
No comments:
Post a Comment