Tuesday, 20 September 2016

Great !! China Like Never Before




Kalau ada yang berhajat untuk ke china selatan, saya cadangkan anda untuk pergi diantara 7 tempat menarik untuk dilawati di sekitar china selatan ni.


1. Canton Tower , Guangzhou


Bagunan ke 4 tertinggi di dunia, sekaligus diiktiraf sebagai sebagai menara tertinggi yang ada di China.

2. Zhangjiajie’s Rock Column Forest


Tempat ini terletak di wiliyah Hunan, China. Inilah tempat di mana berlangsungya pengambaran filem Avatar.

3. The Southern Great Wall of China


Yang ini saya rasa anda pun sudah tahu! diantara tempat yang menjadi tarikan utama di china dan pernah disenaraikan dalam 7 keajaiban dunia.

4. Huangguoshu Falls




Air terjun terbesar di negara China, terletak di Wilayah Guizhou.

5. Suzhou City



Salah satu bandar metropolitan yang cantik di China.Tempat ini telah membuatkan ramai photographer jatuh cinta dengan keunikan permandangan disini termasuk jambatan yang tidak terkira panjangnya. Terletak di Suzhou, berdekatan dengan Shanghai.

6. Dragon Well Tea Garden


Sebut sahaja teh hijau, semua orang pun tahu ‘teh hijau’ yang berkualiti datangnya dari negara China, jadi kalau anda datang ke sini jangan terlepas untuk dapatkan sendiri pelbagai jenis teh yang berkualti. Lokasinya di Hangzhou

7. The Forbidden City



The Forbidden City terletak di pusat kota Beijing, The Forbidden City adalah istana terbesar di dunia seluas 72 hektar. 

Dibangun 1406-1420, kompleks istana ini terdiri dari 980 bangunan dengan 8.707 bilik yang dikelilingi oleh enam meter (20 kaki) longkang yang dalam dan sepuluh meter (33 kaki) tembok tinggi. 

Dua puluh empat Maharaja memerintah negara selama hampir 5 abad dari The Forbidden City sampai pelepasan Puyi, Maharaja terakhir Cina. Hari ini The Forbidden City Maharaja adalah sebuah museum dan salah satu tapak warisan paling popular di China.

Annyeong Haseyo!! Imagine Your Korea





Selamat datang ke KOREA!! Jom kita tinjau lokasi yang menarik di Korea ini!!

1. Itaewon


Kalau nak cari makanan halal kat Korea, pergi lah ke Itaewon. banyak restoran halal kat sini. 

Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. 

Masakan korea yang halal pun ada. Disini di Itaewon juga terdapat Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea kenelah pergi sini. Lihat bagaimana syiar Islam bertapak di bumi asing.

2. Namsan


Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk Anda lawati.

Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2-orang korea. terdapat juga Seoul Time Capsule. Apa tu Time capsule…

Seoul Time Capsule…Sebuah batu yang terdapat ukiran di atasnya. Apa yang menarik, di bawah batu situ tertanam sesuatu yang tak ada siapa pun tahu apa bendanya. Time capsule ni hanya akan digali 1000 tahun lagi dan ada rahsia besar yang bakal diketahui oleh orang korea masa tu. Tapi yang lebih menarik, atas batu tu ada ukiran yang nama Allah…..Kalau tak percaya datang dan lihatlah sendiri …

3. Hangang Park



Bagi sesiapa yang suka Aktiviti beriadah, boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. 

Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi medan untuk main luncur salji….

Anda juga boleh menyewa basikal kan berbasikal di sepanjang sungai Han.. Dengan Permadangan Yang Cantik Dan Tenang.

4. Nami Island



Tempat ni Memang Popular tak payah nak perkenalkan. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tak kira apa musim sekalipun.

Pulau nami terletak di tengah Sungai Han tetapi agak jauh dari Pusat Bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. 

Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti.

Nice !! Wonderful Indonesia







Indonesia dengan segala kekayaan alamnya menyimpan sejuta tempat indah yang sangat wajib untuk dikunjungi. Bahkan bukan hanya menarik penduduk tempatan, pelancongan di Indonesia menarik pelancong di seluruh dunia


Disini disediakan 5 tempat lokasi pelancongan di Indonesia yang wajib dikunjungi dan tentunya anda akan menyesal jika tidak sampai disini

#1. Raja Ampat di Papua




Terletak di Papua Barat, Raja Ampat merupakan salah satu tempat pelancongan menarik yang sangat wajib untuk anda kunjungi.

Keindahan alam yang ditawarkan akan membuat mata yang memandangnya akan melupakan sejenak akan segala pekerjaan yang membebankan.

Di tempat ini pengunjung akan diperlihatkan dunia laut yang indah dengan spesies ikan yang mungkin belum pernah ditemui sebelumnya

#2. Pulau Lombok




Pulau Lombok dengan segala keindahannya menenangkan pemandangan kita yang bersifatkan kekampungan. Banyak tempat yang wajib dikunjungi untuk anda yang penggemar alam semulajadi.

Pulau ini memiliki pantai Senggigi dengan pasir putih dan pemandangan yang luar biasa menakjubkannya. Selain itu, masih banyak lagi lokasi yang ada di dalam pulau Lombok ini.

#3. Pulau Bali




Pulau Bali dikenali sebagai salah satu tempat pelancongan di indonesia yang paling menarik dan wajib untuk dikunjungi. Keindahan alamnya sudah tidak perlu dipersoalkan lagi.

Namun, yang paling membuat pulau ini terlihat berbeza dengan pulau-pulau lainnya adalah karena budaya dan adatnya yang masih sangat kuat.

Bahkan pakaian yang digunakan penduduk setempat pun masih menggunakan pakaian tradisional Bali.

#4. Gunung Rinjani




Sebagai salah satu tempat pelancongan yang menunjukkan pemandangan terbaik matahari terbenam, Gunung Rinjani ini wajib untuk dikunjungi.

Gunung tertinggi kedua di Indonesia ini memiliki ketinggian 3726 meter di bawah permukaan laut.

Kepenatan yang dirasakan saat mendaki akan disajikan dengan pemandangan alam yang menakjubkan juga tidak pernah anda lihat di tempat lain.



Wow Jepun !! JAPAN ENDLESS JOURNEY


Ini adalah dia antara lokasi yang menarik sekitar Jepun yang harus anda lawati

1. Shinjuku Gyoen National Garden


Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

2. Sensoji Temple dan Nakasime Street



 

Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple adalah merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.


3. Tokyo Disneyland dan Disneysea


    

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

4. Shibuya





Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.


5. Meiji Shrine



Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakkan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

6.  Akihabara



Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.

Tips ‘Survive’ di Tokyo dengan hanya RM300



Jika anda suka melancong di usia muda, mesti ‘budget‘ merupakan kekangan utama anda. Tokyo sebuah bandar yang mempunyai kos sara hidup antara yang tertinggi di dunia, jadi ramai yang beranggapan mustahil untuk berjimat ketika melancong di sana.

Sebenarnya tidak mustahil. Mari kami share kan beberapa tips untuk survive selama seminggu di Tokyo dengan hanya RM300 ringgit (10 ribu yen) sahaja. Ok, katakan anda sudah ada tiket penerbangan, dan hostel bajet juga sudah ditempah. Tiket tren airport transfer dengan Narita Express juga sudah dibeli. yang tinggal cuma nak have fun dengan bajet yang ada.


1. Onigiri (Rice Ball) di convenience store (150 yen x 4 x 2 hari)



Terdapat lebih 30,000 convenience store seperti 7-11, Lawson, Family Mart di seluruh Jepun. Kedai-kedai serbaneka ini menawarkan pilihan Onigiri atau nasi kepal yang berharga 100yen- 150yen (RM 3- 4), ringkas dan mudah dimakan dimana sahaja. 

Tapi berhati-hati, pastikan anda bertanya dulu apa inti rice ball tersebut. Dapatkan perisa plum, udang, salmon dan sebagainya maka anda selamat (bagi yang beragama Islam)


2. Tokyo Metro 1-Day Pass (600 yen x 3 hari)



Pass ini berharga 600 yen (RM18) dan membolehkan anda menaiki semua tren dibawah syarikat Tokyo Metro dalam tempoh satu hari. Rancang perjalanan anda ! Pastikan anda tidak menaiki JR Line atau Toei Line sekiranya anda memiliki 1-Day pass tersebut kerana pass tersebut tidak sah dan anda perlu membeli tiket lain.

Tokyo Metro meliputi Marunouchi Line, Ginza Line, Hibiya Line, Namboku Line, Yurakucho Line, Fukutoshin Line dan lain-lain, menghubungi tempat-tempat menarik seluruh Tokyo.


3. Hanamaru Udon (600 yen x 2 x 2 hari)





Sekiranya muak menghadap onigiri, bolehlah cuba ke Hanamaru Udon. Kedai udon franchise ini terdapat di semua bandar-bandar utama seperti Shibuya, Harajuku dan Akihabara.

Hidangan udon yang panas beserta pilihan tempura sayuran dan udang pasti mengembalikan tenaga setelah seharian berjalan. menu bahasa Inggeris disediakan. Anda juga boleh mencuba Ramen Halal di Narita-Ya, Asakusa dengan harga 700 yen.


4. Souvenir (2000 yen)




Tidak sah lah kalau pergi melancong kalau tak beli cenderahati untuk yang tersayang di tanah air (ataupun bagi diri sendiri buat yang forever alone).

Di Asakusa, Nakamise Shopping Street menawarkan pelbagai cenderahati bertemakan Jepun. keychain berharga dalam lingkungan 300 – 500 yen dan T-shirt berharga 1000 – 2000 yen. Untuk lebih bajet lagi, belilah souvenir di kedai 100 yen seperti Daiso di Harajuku.


5. Perkara lain


Perbelanjaan anda setakat ini adalah 7400 yen (RM230). Masih ada baki 2600 yen untuk anda buat apa yang anda suka.

Anda boleh cuba :Karaoke dari malam sampai pagi (free flow drink) di Utahiroba (2000 yen)Acah-acah main besbol di batting center di Ikebukuro (1000 yen)Pergi berseronok bersama Goku, Luffy, Naruto dan hero-hero manga kegemaran anda di J-World Ikebukuro (700 yen)Bergurau senda dengan kucing comel di Cat Cafe (600 yen)Tonton wayang anime tanpa sari kata atau Avengers alih bahasa Jepun (2000 yen)Beli baju Tokyo Story di Harajuku (2900 yen)

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian

Ketahui 7 Negara Luar Yang Tidak Selamat Untuk Percutian 


1. Kashmir.
Ketegangan antara India dan Pakistan masih berterusan. Isu Kashmir dari dulu hingga sekarang masih belum selesai. Kashmir di katakan sangat cantik dengan suhu nyaman serta makanan yang sedap sedap. Bagaimanapun hati bimbang jika waktu kita pergi ada huru hara walaupun ketegangan dan pergolakan itu agak reda sekarang.
2. Turki
Melawat muzium atau tempat di mana Kamal Atartuk di kuburkan menjadi keinginan saya. Mayatnya di katakan tidak dapat di kebumikan kerana tidak di terima tanah kerana menghancurkan islam di Turki suatu masa dulu.
Baru baru ni Turki berhadapan dengan cubaan rampasan kuasa. Presiden Erdogan bagaimanapun dapat menanganinya dengan cepat. Samada perustiwa ini akan berulang atau tidak sedikit sebanyak buat hati saya rasa tak sedap nak book tiket ke sana.
3. Nepal
Baru-baru ini saya ada terbaca kes pembunuhan wanita backpacker yang menumpang menginap di sebuah rumah ‘host’ di Nepal. Walaupun tuan rumah atau ‘host’ yang menerima tetamu tersebut mendapat rating yang tinggi dari penginap sebelumnya kes sebegini amat menakutkan. Sampai hati bunuh orang tak tentu pasal. Ini menjadi salah satu sebab saya tak berani nak travel solo. Jadi apa-apa tak ada siapa nak beritahu.
4. Syria
Negara yang satu ketika dulu makmur sekarang telah di kira musnah. Ketegangan dan perbezaan politik serta isu ugama menyebabkan saya berasa Syria salah satu negara luar yang tidak selamat untuk percutian dengan anak anak ke sini. Mereka yang pernah berkujung ke Syria pasti dapat merasakan bagaimana teruknya kemusanahan yang berlaku kerana tempat yang mereka kunjungi dulu telah tiada lagi atau musnah sama sekali.
5. Egypt
Egypt atau Mesir sangat menarik untuk di kunjungi.Saya teringin nak masuk ke dalam pyramid dan lihat apa yang ada di dalam bangunan tersebut. Mungkin pengaruh filem The Mummy serta cerita cerita lakonan Harrison Ford yang banyak mengambil lokasi negara ini menyebakan saya rasa rugi jika tak melawat negara ni.
6. German
German berada dalam senarai negara dalam carta top ten saya selain Russia. Saya ingin melihat kesan sejarah dan peninggalan Hitler yang kejam dengan peristuwa pembunuhan yahudi suatu masa dulu. Memandangkan kes islamifobia masih hangat di sana adalah lebih baik untuk meletakkan negara ini di tepi buat seketika.
7. India
India terkenal dengan Taj Mahal.Walaupun bila saya baca backpacker yang post gambar gambar menarik semasa di India, saya rasa India salah satu negara luar  yang tidak selamat untuk  percutian terutama wanita. Kes rogol teruk sehingga saya rasa jika pergi dengan lelaki sekalipun ia belum tentu menjamin keselamatan. Ada baiknya elakkan masalah jika dah tahu banyak risiko.
Mungkin ada lagi negara luar yang tidak selamat untuk percutian pada pelancong atau pengembara. Kadang-kadang apa yang kita dengar tidak sama dengan apa yang kita alami. Bagi golongan solo backpacker mereka mungkin rasa tiada apa-apa kerana selalunya backpacker adalah seorang yang berani. Mana mungkin mereka travel seorang diri jika mereka takut ye tak ? Bagi saya cukuplah jika saya pergi ke negara yang tidak buat saya rasa susah hati dan menyesal bila dah book tiket. Banyak lagi negara yang boleh di lawati dan lebih selamat untuk di terokai.

Ketahui 3 Sebab Kenapa Kad Kredit Penting Semasa Bercuti Di Luar Negara.

Ketahui 3 Sebab Kenapa Kad Kredit Penting Semasa Bercuti Di Luar Negara.


Kad Kredit sangat penting semasa melancong atau bercuti di luar negara .Samada kita suka atau tidak jika bercuti atau melancong ke luar negara kad kredit sangat perlu di bawa bersama.Ada macam-macam jenis kad kredit yang bank tawarkan tetapi jangan pulak gelap mata.

Gunakan kad kredit secara berhemah supaya kita tidak terperangkap dengan membayar hutang interest yang tak berkesudahan. Jika ke luar negara suka atau tidak anda kena bawa juga. 

1.Majoriti negara luar menggunakan kad kredit untuk semua urusan. 

Rata-rata di luar negara lebih lebih lagi di negara maju mereka menggunakan kad kredit dalam hampir semua urusan harian mereka. Nak naik bas, trem,keretapi , taxi pun ada option untuk guna kad kredit.Kedai runcit biasa juga guna kad kredit.

Cuma kad kredit perlu di gunakan secara berhati-hati supaya kita tidak terjebak dengan masalah berhutang di kemudian hari. Untuk mengelakkan anda di kenakan penalti, bayar sebelum due date atau bayar habis terus. Tak seronokkan bila balik dari bercuti kena bayar hutang lagi.

2.Lebih selamat bawa kad kredit dari membawa wang tunai yang banyak.

Membawa wang tunai terlampau banyak juga bahaya sebab kita berisiko menjadi sasaran penyeluk saku. Jadi kad kredit mengurangkan potensi ‘kehilangan ‘cash. Jika nak bawa cash sekali pun kita tak boleh letak semua cash dalam satu tempat. Letak merata macam di poket sikit, dalam pouch sikit.

Letakkan kad kredit di dalam pouch di bahagian yang dalam iaitu yang jarang di buka tutup sewaktu di kaunter bayaran. Dengan cara itu risiko kad tercicir atau terjatuh dapat di elakkan. Duit letak di bahagian depan supaya mudah anda keluarkan .Seeloknya pouch yang anda pakai ialah pouch berwarna gelap supaya tak nampak kad kredit atau cash yang anda selitkan di dalam pouch tersebut.

3. Kad kredit sebagai back up untuk kecemasan.

Kita tak tau urusan kita akan berjalan lancar atau tidak . Kadang-kadang ada masa tunai di tangan tak cukup nak bayar tambang bas atau keretapi.Di sini kad kredit menjadi penyelamat. Kalau ada kecemasan atau kemalangan kad kredit juga penting sebagai deposit kepada pihak hospital terutama jika anda tiada insurans perjalanan semasa melancong.

Bagaimana pulak dengan kad debit ? Adakah ia sama seperti kad kredit ? Kad debit fungsinya sama juga macam kad kredit cuma kalau duit di dalam dalam akaun kita tak mencukupi urusan pembayaran tadi akan di tolak atau gagal. Bahayanya di sini di sebabkan ia link terus ke akaun bank kalau terjadi apa-apa duit berisiko untuk hilang dari akaun terus.

Jadi kesimpulannya samada kad kredit, kad debit atau kad prepaid kalau berurusan di luar negara bawalah sekurang-kurangnya 1 atau 2 kad ye. Ada masa salah satu kad atau mungkin jugak dua-dua kad tak dapat di gunakan walhal kad tu dah di aktifkan untuk urusan di luar negara. Jadi kad kredit atau kad debit pun kena ada back up jugak.

Monday, 19 September 2016

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam | Bandung, Ghuang Zhou dan Ho Chi Minh City adalah tempat memborong bagi peniaga Malaysia. Yang melancong pun serupa sebab di mana barang murah di situlah tempat tumpuan pelancong.



Yang borong banyak-banyak untuk berniaga atau borong nak pakai sendiri mesti cuba nak elak bayar cukai dekat airport. Jom cuba beberapa tips supaya dapat elak atau kurangkan tax yang perlu di bayar sewaktu bercuti ke Vietnam. Tapi kalau kena bayar juga dan di tanya cakaplah elok-elok dan bersopan santun.

Vietnam popular dengan barangan tekstil seperti baju kurung, tudung, kain cotton. Selain itu bagi yang suka barang travel beg galas seperti Deuter sangat famous di sana kerana Deuter mempunyai kilang di Vietnam.

Kalau yang kata barang Deuter di sana ori tak boleh nak percaya sangat sebab ia untuk pasaran luar Vietnam. Kalau seludup lain tapi rata-rata ia adalah jenis high quality untuk menandakan ia adalah barangan tiruan.

Barang-barang ni semua kena bersiap sedia untuk di kenakan cukai kerana bila bercuti ke Vietnam dan tak beli barang-barang ni rasa menyesal bila dah sampai Malaysia. Harga kat negara kita mahal kecuali kita peniaga dan rasa tak berbaloi kalau beli dengan pembekal di Malaysia lebih murah.
 

Kalau tak nak kena cukai atau bayar sikit aje jom tengok beberapa cara yang boleh di cuba.

1. Buang semua plastik pembalut baju atau barang yang kita beli. Barang yang masih berbalut menandakan ia barang baru. Kalau masih dalam plastik mesin scanner nampak ia barang baru.

2. Kalau beli barang nak buat berniaga eloknya test dulu buat dropship. Kalau ada sambutan dan customer selalu cari boleh beli dalam kuantiti kecil. Kalau dah ada regular customer boleh beli dalam kuantiti yang lebih.

3. Kalau di suruh bayar cukai minta resit sebagai bukti. Bayaran cukai tanpa resit menandakan bayaran tu tak sah. Maknanya duit cukai yang di bayar tadi tu tak tau pergi ke mana.

4. Elakkan bercuti ke Vietnam di waktu puncak atau peak time. Bilangan pengunjung terlalu sesak bila bercuti semasa musim perayaan atau semasa cuti sekolah.

5. Buang tag atau label di baju atau barang yang kita beli. Kalau tak buang label menandakan ia barang baru.

6. Pakai barang yang kita beli supaya tak nampak ia barang baru seperti beg travel, beg galas, handbag atau apa saja. Boleh cuba bahagikan kepada beberapa orang yang sekali travel dengan kita. Dah lepas kastam boleh adjust balik barang.

7. Simpan resit setiap barang yang di beli sewaktu bercuti ke Vietnam. Kalau beli banyak dan nak baru nak belajar buat berniaga cuba slow talk dengan penjual di kedai untuk minta resit yang boleh adjust. Jadi resit original tu simpan untuk rekod sendiri.

8. Jika membeli dalam kuantiti yang banyak boleh suruh pekedai hantar barang menggunakan Kargo cuma mungkin lewat sampai sikit. Ambik masa dalam seminggu dua juga. Kalau pakai courrier 3-4 hari dah dapat. Jadi kita tak perlu bayar baggage tambahan dan tak payah risau cukai import.


9. Beg yang kita masukkan ke cabin ( bukan hand carry ) elok di balut plastik sampai ke roda. Servis balut beg ni ada kat airport cuma harga ikut bayaran sesebuah negara. Kalau di Europe memang mahal cecah ratus ringgit juga. Cara ni sebenarnya nak elakkan roda beg rosak tapi dalam masa yang sama kastam malas sikit nak periksa. 

Ringkasnya kalau ke mana saja kita pergi samada bercuti atau melancong risiko kena bayar cukai tetap ada. Cuma bila berhadapan dengan pegawai kastam cakap elok-elok. Jangan menipu kerana pegawai kastam tu dah biasa sangat dan boleh tau kalau tengok passport kita penuh dengan cop atau tidak. Kalau nasib kita baik dan ada rezeki tak payah bayar langsung.






Pengenalan Suka Travel